Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian
"tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah
untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab
semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan
anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel
darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi
semua tisu dan organ badan.
Tiga kelas
anemia yang utama termasuk:
- kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);
- pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan
- pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).
Bagi
wanita-wanita yang datang haid, kekurangan
ferum dalam diet merupakan
satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah.
Anemia
merupakan gangguan darah yang paling biasa. Terdapat berbagai-bagai sebab yang
mendasari anemia. Anemia boleh digolongkan melalui berbagai-bagai cara,
berdasarkan morfologi atau bentuk sel darah merah,
mekanisme etiologi, dan simptom
klinikal yang boleh dikesan, antara lain.
Adanya dua
pendekatan utama untuk mengelaskan anemia, iaitu pendekatan "kinetik"
yang melibatkan penilaian pengeluaran, pemusnahan, dan kehilangan sel darah
merah, [1] serta pendekatan
"morfologi" yang mengelaskan anemia mengikut saiz sel darah merah.
Pendekatan morfologi mempergunakan satu ujian makmal yang murah dan mudah
didapati (min isi padu korpuskel, MCV) sebagai titik permulaannya.
Sebaliknya, menumpukan perhatian pada persoalan pengeluaran pada peringkat awal
membenarkan seseorang doktor untuk
mendedahkan kes-kes anemia yang diakibatkan oleh berbilang sebab dengan lebih
cepat.
Simptom dan tanda
Anemia sukar
dikesan bagi kebanyakan orang, dan simptomnya kabur. Biasanya, perasaan lemah
atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk. Anemia amat teruk
memerlukan tindakbalas pengimbal di mana output jantung meningkat dengan jelas, membawa kepada degupan laju (palpitation)
dan berpeluh; kegagalan jantung boleh terjadi jika orang yang sudah
berumur mengalaminya.
Kulit dan
selaput mukosa yang pucat sahaja menjadi tanda utama bagi anemia di tahap
berbahaya (severe anemia), dengan itu bukanlah merupakan tanda yang
pasti.
Diagnosis
Satu-satu
cara mengesan anemia adalah dengan ujian darah. Lazimnya, kiraan darah lengkap boleh dilaksanakan.
Selain daripada melaporkan jumlah sel darah merah dan tahap hemoglobin, penganalisis automatik juga boleh mengukur saiz sel darah
merah, yakni satu alat penting untuk membezakan sebab-sebabnya.
Kekadangnya,
ujian lain diperlu untuk membezakan lagi sebab-sebab anemia. Ini dibincangkan
bersama dengan diagnosis pembezaan (bawah). Doktor mungkin juga memutuskan
membuat ujian darah penyaringan yang lain untuk menentukan sebab keletihan,
tahap-tahap glukosa, kadar pemendapan eritrosit, feritin, ujian
fungsi renal serta elektrolit mungkin
menjadi sebahagian daripada kajian diagnosis intensif. Tanda-tanda yang senang
dikenalpasti bagi pesakit anemia antaranya adalah:
Tanda-tanda
pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam
kelopak mata. Tidak bermaya, letih, dan lemah badan. Pendek nafas apabila
melakukan senaman.. Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke
otak. Angina pektoris iaitu suatu keadaan apabila berlaku kesakitan di dada
yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi.
Palpitasi, iaitu suatu keadaan apabila denyutan jantung menjadi cepat dan kuat
secara luarbiasa. Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan;
dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Penyakit
demam kuning (jaundis) terjadi bagi kes anemia hemolitik .
Diagnosis pembezaan
Tolong
bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini.
Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Penyakit anemia. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Anemia
dikelaskan menurut saiz sel darah merah; ini sama ada dilakukan secara
automatik atau melalui pemeriksaan mikroskop ke atas lumuran darah periferi (peripheral
blood smear). Saiz ini digambarkan dalam min isipadu korpuskel.
Sekiranya sel adalah lebih kecil berbanding normal (bawah 80 fl), anemia dikatakan sebagai mikrositik (microcytic); sekiranya ia
bersaiz normal (80-100 fl), normositik (normocytic); dan sekiranya ia
adalah lebih besar berbanding normal (lebih 100 fl), anemia ini dikelaskan
sebagai makrositik (macrocytic). Ciri-ciri lain yang boleh dilihat pada
lumuran periferi mungkin memberikan petunjuk untuk diagnosis yang lebih khusus;
sebagai contoh, sel darah putih luar biasa mungkin menunjukkan punca dalam
sum-sum tulang.
Anemia mikrositik
Kekurangan
zat besi merupakan sebab paling kerap untuk anemia jenis ini berlaku. Namun
anemia mikrositik juga boleh berlaku kerana penyakit-penyakit darah (hemoglobinopathies)
lain seperti anemia sel sabit dan talasemia.
Anemia
kerana kekurangan zat besi (ferum) berlaku apabila pengambilan zat besi dalam diet tidak
mencukupi, atau penyerapannya tidak berlaku dengan sempurna. Zat besi merupakan
elemen penting dalam hemoglobin. Hemoglobin
adalah sejenis pigmen yang terkandung dalam sel darah merah. Pigmen ini berfungsi sebagai
tempat untuk oksigen berpaut (oxygen-binding site). Apabila kandungan
zat besi rendah, kadar hemoglobin dalam sel darah merah juga berkurang. Wanita
sering mengalami masalah ini, kerana kadar wanita kepada lelaki yang mempunyai
masalah ini adalah 10:1 (sepuluh wanita untuk satu lelaki). Hal ini sering
dikaitkan dengan pendarahan teruk (heavy bleeding) yang dialami
sesetengah wanita. Kajian menunjukkan pelajar perempuan dengan tahap zat besi
yang rendah berprestasi lebih teruk dalam pelajaran dan tahap IQ berbanding
gadis normal dan pelajar lelaki. Kekurangan zat besi juga boleh disebabkan
pendarahan dalaman, terutama sepanjang saluran alimentari (mulut, esofagus, perut, duodenum, jejunum, ileum, usus besar atau kolon, rektum dan dubur). Walaupun sebabnya berbagai-bagai,
pendarahan di mana-mana tempat sepanjang salur ini boleh disebabkan oleh kanser. Oleh itu, tempat dan sebab
pendarahan berlaku perlu dikenal pasti dengan tepat oleh doktor bertauliah.
Anemia normositik
Anemia
normositik selalunya disebabkan kehilangan darah yang banyak dalam masa yang
singkat, seperti yang dialami orang yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya
atau orang yang mengelar pergelangan tangannya dalam cubaan membunuh diri.
Penyakit yang kronik selalu menyebabkan tubuh gagal menghasilkan sel darah
merah yang cukup (berbeza dengan anemia milrositik yang disebabkan kekurangan
hemoglobin, bukan sel darah). Sebagai contoh, kegagalan ginjal yang kronik menyebabkan pengurangan
kadar rembesan eritropoietin, hormon penting dalam pembinaan sel darah merah.
Kerosakan pada hati juga menyebabkan perkara sama terjadi.
Anemia jenis
ini juga berlaku kepada pesakit yang mempunyai masalah keseimbangan hormon (hormonal imbalance),
terutama kekurangan testosteron atau hipogonadisme. Anemia sideroblastik (sideroblastic
anemia) juga termasuk dalam kategori ini. Anemia sideroblastik adalah salah
satu simptom untuk sindrom myelodisplastik (myelodysplastic syndrome).
Sindrom ini merupakan satu kumpulan masalah yang berpunca dari sintesis sel darah
merah yang tidak normal. Sindrom ini selalunya akan menjadi leukemia.
Anemia
aplasia, atau kegagalan sum-sum tulang merupakan anemia yang disebabkan oleh
kegagalan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah. Anemia aplasia jarang
berlaku jika dibandingkan dengan anemia yang disebabkan kecacatan genetik atau gizi tidak
seimbang, namun ia berkembang dan memburuk dengan lebih pantas.
Anemia makrositik
- Punca utama anemia makrositik adalah kekurangan sama ada vitamin B12 atau asid folik (atau kedua-duanya) akibat kekurangan pengambilan atau masalah penyerapan .[1] Anemia pernisius (pernicious anemia) adalah keadaan autoimun (autoimmune) di mana tubuh kekurangan faktor intrisik yang diperlukan bagi menyerap vitamin B12 daripada makanan.
- Ketagihan alkohol boleh menyebabkan anemia makrositik.
- Anemia hemolitik adalah anemia di mana pelupusan atau degradasi (degradation) sel darah merah berlaku terlampau cepat. Jaundis (demam kuning) dan peningkatan tahap enzim laktat dehidrogenase (lactate dehydrogenase) merupakan simptom-simptom anemia hemolitik. Sebabnya berbagai-bagai, antaranya autoimun, masalah genetik ataupun masalah mekanikal seperti pembedahan jantung atau sirosis hati (liver cirrhosis)
Rawatan
untuk kekurangan vitamin B12 (yang
menyebabkan anemia makrositik) telah dijumpai oleh William Parry Murphy. Beliau
melukakan anjing-anjing eksperimen sehingga semuanya
menjadi anemia, dan kemudian memberi mereka pelbagai bahan dan zat makanan
untuk mencari bahan yang mampu mengubat anemia. Berdasarkan kajian beliau ini,
memakan hati mampu mengurangkan simptom dan akhirnya menyembuhkan anemia.
George Richards Minot dan George Hoyt Whipple akhirnya berjaya mengasingkan
vitamin B12 dari hati. Untuk itu, ketiga-tiga orang ini berkongsi Hadiah Nobel 1934 dalam Perubatan.
Anemia-anemia tertentu
- Fanconi anemia (anemia fankoni) - a hereditary disease (penyakit keturunan) featuring aplastic anemia(anemia aplasia) and various other abnormalities
Rawatan bagi anemia
Terdapat
banyak jenis rawatan bagi anemia dan jenis rawatan bergantung kepada keterukan dan
punca anemia.
Kekurangan
zat besi akibat kekurangan makanan amat jarang bagi dewasa tidak berhaid
(lelaki dan wanita putus haid). Diagnosis kekurangan zat besi menyatakan
pencarian bagi potensi punca kehilangan sebegitu seperti perdarahan perut (gastrointestinal)
akibat ulser atau barah kolon. Anemia kekurangan zat besi ringan hingga
serdahana dirawat dengan tambahan zat besi menggunakan ferous sulfat atau ferrous gluconate. Vitamin C mungkin membantu keupayaan tubuh
bagi menyerap zat besi.
Vitamin
tambahan diberikan secara oral (asid folik) atau suntikan (vitamin B-12) akan menggantikan kekurangan khusus.
Bagi
penyakit anemia kronik, anemia dikaitkan dengan kemoterapi (chemotherapy),
atau anemia dikaitkan dengan penyakit ginjal, sesetengah pakar klinikal
prescribe [[recombinant protein|recombinant](protein rekombinan)]
[[erythropoietin](eritropoietin)], epoetin alfa, bagi menggalakkan penghasilan sel darah merah.
Bagi kes anemia
teruk, atau dengan kehilangan darah berterusan, pemindahan darah mungkin
diperlukan.
Pemindahan darah kerana anemia
Secara umum,
doktor cuba mengelakkan pemindahan darah kerana, bukti berlainan menunjukkan
peningkatan hasil pesakit bertambah teruk dengan strategi pemindahan yang
semakin meningkat. Prinsip fisiologi yang mengurangkan pengaliran oksigen
dikaitkan dengan anemia mendorong kepada hasil klinikal teruk diimbangi dengan
temuan bahawa pemindahan darah tidak semestinya mengurangkan hasil klinikal
mudarat ini.
Bagi
perdarahan akut dan teruk, pemindahan darah sering kali menyelamatkan nyawa.
Peningkatan dalam daya hidup tercedera di medan perang, sekurang-kurangnya
sebahagian daripadanya, bergantung kepada peningkatan dalam teknik pemindahan
darah dan bank darah.

0 komentar:
Posting Komentar